Cantik tak? Cantik kan? Sesuai untuk deco rumah. Untuk majlis-majlis atau sekadar menyediakan ruangan yang cozy dan mewah.
Tutorial di sini.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk menegangkan payudara. Petuanya mudah sahaja.
Untuk memejal dan memantapkan payudara, sapu payudara dengan minyak zaitun. Urut perlahan menghala ke atas selama lebih kurang 10 minit.
Lakukan tiga kali seminggu.
Petua orang lama ni, lebih kurang kepada homemade lulur. Manfaat lulur, rasanya ramai yang tahu. Melembut, membersih dan mencerahkan kulit. Ye la, daki hilang, kulit berseri.
Giling lumat tujuh mata kunyit bersama sedikit garam bukit. Sebelum mandi, gosok pada wajah dan tubuh dengan perlahan-lahan hingga keluar semua daki. Bilas dengan air suam.
Hasilnya, kulit selembut bayi. Lakukan seminggu sekali.