Nuffnang 3

Like Us

Nuffnang 2

Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Tips Dan Petua Cantik Di Aidilfitri

Wajah semakin berseri
Ambil semangkuk kecil beras, basuh dan toskan airnya. Goreng tanpa minyak sampai hangus. Kisar kering hingga menjadi serbuk. Simpan dalam bekas. Apabila hendak digunakan, campurkan sedikit air limau nipis. Gosok lembut pada muka dan biar kering. Cuci sempurna.

Tegangkan kulit muka
Sagat sebatang timun. Campurkan dengan tepung ubi kayu dan sedikit air. Sapukan di muka. Cuci setelah kering.

Rawat kulit berkedut
Parut sebatang carrot. Campur sesudu tepung jagung dan kuning telur. Sapukan ke kulit setiap hari.  Cuci setelah kering.

Khasiat Pegaga Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Siapa suka makan ulam? Sedap tau makan ulam pegaga. Fresh dan rangup. Yang lecehnya adalah nak mencucinya. Jenuh nak dicuci akar nya. Makan masa berejam. Ye la... nak pastikan akarnya bersih. Kalau dibuang akarnya, rugi la pulak.

Pegaga ni bukan setakat sedap dimakan. Banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Nak tau antara khasiat pegaga :
  • Merawat kencing manis
  • Rawatan selepas bersalin - mengecutkan peranakan
  • Menyegarkan badan
  • Mengurangkan berat badan
  • Awet muda


Punya lah banyak khasiat pegaga ni. Jom.... makan pegaga. Jus pegaga pun sedap =)

Petua Mengurangkan Pori-Pori Terbuka

Bayangkan muka putih bersih, tiba-tiba tengok pori-pori terbuka di pipi, hidung dan dahi. Nampak macam berlubang-lubang. Cantikkah?

Pori-pori terbuka boleh mencacatkan wajah.

Ada beberapa petua mudah untuk diikuti :

#1 Perahan jus lemon
Jus lemon mengandungi enzim semulajadi yang boleh menegang dan mengetatkan struktur kulit wajah. Dengan itu, pori-pori terbuka mukan masalah. Dannnn... ada satu bonus - jus lemon boleh mencerahkan wajah.

Caranya, sapukan jus lemon ke wajah. Biarkan 10 - 15 minit dan cuci. Amalkan 3 kali seminggu.

#2 Betik
Kandungan mineral di dalam betik boleh menutup pori-pori terbuka dengan cara mengeluarkan lebihan minyak yang menutup pori-pori. Setelah pori-pori wajah dibersihkan, maka mudah la untuk ianya kembali tertutup.

Caranya, lenyek betik yang telah masak dan sapukan ke wajah. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci.

#3 Putih telur
Ptuih telur yang disapu ke wajah mampu menegangkan kulit dan menutup pori-pori terbuka. Kandungan proteinnya yang tinggi akan membantu kulit di dalam proses membina tisu-tisu baru.

Caranya, pukul telur putih. Sapukan ke wajah. Tunggu kering dan basuh. Boleh juga dicampur dengan jus lemon atau madu.

Khasiat Jus Halia

Banyak khasiat dan kelebihan halia. Antaranya :
  1. mengelakkan kancer
  2. merendahkan tekanan darah
  3. memudahkan penghadaman
  4. merendahkan kolestrol
  5. merawat jerawat
  6. membuang angin di dalam badan

Jadi, jom ambil jus halia.
Potong halia kecil-kecil dan kisarkan. Tambah sedikit gula dan jika suka perahkan sedikit lemon. Wahhhhh... segar!

Petua Memutihkan Kulit Wajah

Ini satu cara yang mudah, murah dan selamat. Memutihkan kulit wajah dengan cara pengelupasan yang semulajadi. Tidak perlu ragu dengan kandungannya.

Cara mudah, amibil sesudu gula - gula pasir atau gula perang. Campurkan ke dalam pencuci muka yang biasa digunakan. Kemudian, gosok lembut ke muka.

Gula tersebut berfungsi seperti scrub muka. Bezanya, ia selamat. Kemudian, cuci muka seperti biasa.

Lakukan dua kali seminggu. Yeay! Selamat mencuba =)

DIY Detox Mask


Murah dan senang. Tak tahu la berkesan atau tidak. Jom try =)

* grape + soda + tepung gandum

Petua Memutihkan Kulit Wajah


Nak tahu cara memutihkan wajah yang mudah? Mudah dan murah. Caranya, hancurkan sedikit buah betik bersama sedikit madu dan yogurt. Sapukan ke muka. Biar kering dan cuci! Lakukan 3 kali seminggu.

Lebih mujarab menggunakan betik muda. Kerana kandungan papain nya lebih tinggi. Namun, ia meninggalkan kesan gatal disebabkan getahnya. Jadi, gunakan sahaj betik masak.

DIY Face Mask

Untuk mencerahkan kulit muka =)

 

Cara Mudah Membuat Krim Selulit Daripada Kopi

Haa.... siapa kata caffeine memudaratkan badan? Caffeine di dalam kopi boleh digunakan sebagai cream atau body scrub untuk melawan selulit. Atau lebih tepat to tone our skin. Bila kulit kita tegang, lembut dan cantik, secara tidak langsung selulit tidak lagi akan kelihatan ketara. 

Eiii... buang la kulit-kulit oren tu dari kulit kita. Tak cantik.


DIY Body Wrap Yang Sesuai Untuk Gemuk Air

Gemuk air ye.... bukan gemuk lemak. Tapi, macam menarik untuk di cuba juga =)


DIY Body Wrap Di Rumah Seperti SPA

Tak perlu ke spa. Menjimatkan.... Guna bersama resepi membuat krim selulit.