Nuffnang 3

Like Us

Nuffnang 2

Tips Untuk Membakar Lebih Banyak Lemak Badan

Sumber sini.

Untuk membuang lemak badan, tiada istilah spotting lemak di mana-mana. Kita boleh melakukan spotting tetapi lemak badan akan turun dari semua bahagian. Spotting dilakukan untuk toning sesuatu anggota badan agar nampak lebih gorjes dan menarik.

Sesetengah orang tidak sukakan aktiviti cardio. Sebaliknya lebih suka mengangkat berat. Aktiviti angkat berat boleh menggantikan kardio dengan beberapa tips :

Use basic, multijoint exercises like squats, deadlifts, bench presses and bent-over rows to involve as much muscle mass as possible. 
E
Train circuit-style, alternating upper and lower body exercises, to spread the fatigue to your entire body. Minimize rest between sets to keep your heart rate up and to force your body to switch from using the anaerobic energy system, which normally supplies energy for lifting, to the aerobic system.

Circuits need to last 2-5 mins. It takes two minutes for the aerobic system to kick in, so sets need to last at least that long. Use 6-8 exercises for 10 reps each with a controlled, even tempo. Each set should last about 45 seconds. At the end of the circuit, take a 2-3 minute rest; this will make the workout similar to interval training on the treadmill or bike. You will need 20-30 minutes of work time to see cardiovascular benefits, which translates into 6-10 circuits, three times per week.

Use lighter weight than you normally would when lifting for strength or mass in traditional fashion. And don't go to failure on each set, as this causes too much fatigue and likely won't allow you to complete the circuit. Choose a weight that will 
leave you 2-3 reps short of failure. You'll be able to gain strength and size with this rep range once your endurance and 
cardiovascular fitness improve.

Petua Rawat Sakit Gigi

Kita memang kena jumpa doktor gigi setiap 6 bulan. Tapi, kadang-kadang, belum cukup 6 bulan lagi, sakit gigi dah menyerang. Masa tengah sakit ni, takut ooo nak jumpa doktor gigi. Jom cuba petua mudah.

Garam
Haaaa... untuk mendapatkan gigi yang sihat, campurkan sedikit garam ke dalam ubat gigi. Garam halus tau! Jangan letak garam kasar. Hasilnya, gigi sihat dan putih bersinar.

Bawang putih
Tempelkan seulas bawang putih yang dihiris nipis pada gigi yang sakit selama sejam. Sakit gigi akan reda.

Bunga cengkih
Gigit 3 kuntum bunga cengkih. Rasa sakit akan berkurangan. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan masukkan ke dalam lubang dan tutup dengan kapas.

Belimbing buluh
Makan belimbing buluh bersama garam.

Lidah buaya
Korek isi lidah buaya. Letak pada gigi yang sakit selama dua jam.

Khasiat Pegaga Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Siapa suka makan ulam? Sedap tau makan ulam pegaga. Fresh dan rangup. Yang lecehnya adalah nak mencucinya. Jenuh nak dicuci akar nya. Makan masa berejam. Ye la... nak pastikan akarnya bersih. Kalau dibuang akarnya, rugi la pulak.

Pegaga ni bukan setakat sedap dimakan. Banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Nak tau antara khasiat pegaga :
  • Merawat kencing manis
  • Rawatan selepas bersalin - mengecutkan peranakan
  • Menyegarkan badan
  • Mengurangkan berat badan
  • Awet muda


Punya lah banyak khasiat pegaga ni. Jom.... makan pegaga. Jus pegaga pun sedap =)

DIY Cupcakes Stand Yang Gorjes


Cantik kan? Bila DIY ni, boleh la custom kan warna dan saiz. Nak buat berapa tingkat pun boleh. Dannn... kosnya, jauh lebih murah!

Agak-agak apa bahannya? Tin sup, card board, ribbon, hot glue dan kertas pembalut hadiah. So, rasanya, mahal ke? Murah kan!

Jom tengok tutorial! Tak pun, tengok tutorial ni.

Yang ni pula, pakai polisterin. Banyak wehhhh polisterin kat rumah ni.

DIY Mini Cupcakes Stand

Suka mem baking? Atau nak host a party? Cantiknya bila ada mini cupcakes stand macam ni. Jadi centerpiece majlis pun boleh. Cute sangat.


Comel dan murah.... tapi, kena rajin la sikit. Senang sahaj kalau nak buat.

Siap ada tutorial bergambar lagi. Blog owner yang baik hati siap bagi free template lagi untuk di download.

DIY Cupcakes Stand

Bila ke kedai cari cupcakes stand, kadang-kadang tak menepati citarasa kan? Warna tak sesuai, saiz tak kena. So, apa kata buat sendiri. Seeeeeenang dan murah...

Bahan-bahannya :
tray 
candle holder
spray
gam

Cuba tengok gambar.... rasanya tahu kan nak buat macam mana...


Tutorial penuh kat sini

Petua Mengurangkan Pori-Pori Terbuka

Bayangkan muka putih bersih, tiba-tiba tengok pori-pori terbuka di pipi, hidung dan dahi. Nampak macam berlubang-lubang. Cantikkah?

Pori-pori terbuka boleh mencacatkan wajah.

Ada beberapa petua mudah untuk diikuti :

#1 Perahan jus lemon
Jus lemon mengandungi enzim semulajadi yang boleh menegang dan mengetatkan struktur kulit wajah. Dengan itu, pori-pori terbuka mukan masalah. Dannnn... ada satu bonus - jus lemon boleh mencerahkan wajah.

Caranya, sapukan jus lemon ke wajah. Biarkan 10 - 15 minit dan cuci. Amalkan 3 kali seminggu.

#2 Betik
Kandungan mineral di dalam betik boleh menutup pori-pori terbuka dengan cara mengeluarkan lebihan minyak yang menutup pori-pori. Setelah pori-pori wajah dibersihkan, maka mudah la untuk ianya kembali tertutup.

Caranya, lenyek betik yang telah masak dan sapukan ke wajah. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci.

#3 Putih telur
Ptuih telur yang disapu ke wajah mampu menegangkan kulit dan menutup pori-pori terbuka. Kandungan proteinnya yang tinggi akan membantu kulit di dalam proses membina tisu-tisu baru.

Caranya, pukul telur putih. Sapukan ke wajah. Tunggu kering dan basuh. Boleh juga dicampur dengan jus lemon atau madu.

Khasiat Jus Halia

Banyak khasiat dan kelebihan halia. Antaranya :
  1. mengelakkan kancer
  2. merendahkan tekanan darah
  3. memudahkan penghadaman
  4. merendahkan kolestrol
  5. merawat jerawat
  6. membuang angin di dalam badan

Jadi, jom ambil jus halia.
Potong halia kecil-kecil dan kisarkan. Tambah sedikit gula dan jika suka perahkan sedikit lemon. Wahhhhh... segar!