Nuffnang 3

Like Us

Nuffnang 2

Kelebihan Buah Tembikai


Tembikai adalah buah yang sangat baik untuk kesihatan.  Antara kelebihan buah tembikai adalah :
  • Kaya dengan vitamin C
  • Kaya dengan cecair
  • Melawaskan penghadaman makanan
  • Mengelakkan sembelit
  • Memutihkan gigi

Memakan tembikai sebelum masa makan dapat membersihkan perut dan mengeluarkan penyakit.

Jom makan tembikai =)


Published with Blogger-droid v2.0.9

Senaman Untuk Mantapkan Punggung

Sibuknya la kan nak bersenam. Squad memang bagus untuk mantapkan punggung. Nampak senang, tapi... huiii... letih ooo.. Nak berkesan, kena la bersusah-payah kan!

Haaaa... ini lagi satu. Lunge. Memang untuk mantapkan punggung. 


Agak-agak senang tak? Hahaha... mana dumbell ku? Rasanya ada dalam stor. Stor? Ye... lama tak bersenam =)

Cara dia : jara kaki tu ikut selesa la. Berdiri - melutut - kembali ke posisi asal. 
Buatlah 3 set : 10 kali setiap set. Kalau nak mengelat, kurangkan jadi 8 kali satu set =)

                                                                                                     
                                                                                                Published with Blogger-droid v2.0.9

Squad Untuk Mantapkan Punggung

Squad boleh memantapkan bahagian bawah badan. Part mana? Punggung.

Senaman ini mudah sahaja. Tiada peralatan diperlukan. Sebaliknya hanya memerlukan sedikit masa. Lima minit sehari pun cukup untuk permulaan. Kemudian, up la sikit. Masih lima minit tetapi lakukan dua - tiga sesi sehari.

Caranya mudah. Bayangkan ada kerusi di bawah. Dan... duduk di atas kerusi itu. Kepala dan badan lurus ok.

Hahhaa... buat permulaan, lima saat pun semput. Hahha... sekarang dah boleh buat 30 saat. 30 saat jer!

Jom Kurus Dengan Beli-Belah

Suka shopping? Berita baik untuk kaki shopping! Bershopping atau window shopping sangat baik untuk kesihatan badan.

Berjalan-jalan di pusat membeli-belah akan membantu menurunkan berat badan. Berjalan kaki adalah antara senaman yang baik untuk badan.

Disamping menjamu mata, badan juga menjadi kurus. Jangan poket turut kurus, sudahlah =)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Halia Untuk Buang Lemak Badan

Jumpa petua ni masa sibuk menggoogle ke sana ke mari.

Didihkan asam keping bersama hirisan halia. Biar sukatan air menjadi separuh. Amalkan selalu.

Insya Allah, untuk yang banyak angin badan, angin akan keluar segera =)

Kemudian, proses membuang lemak badan la pulak.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Perlukah Makan Sebelum Jogging?

Perlukah makan sebelum berjogging? Jawapannya bergantung kepada apa tujuan anda berjogging. Jika anda berjogging untuk stamina dan performance, pastikan anda makan 2-3 jam sebelum berjogging. Minuman tenaga juga akan membantu.

Namun, jika anda berjogging untuk mengurangkan lemak-lemak tepu di dalam diri, JANGAN MAKAN. Kerana jika tidak, apa yang terbakar adalah makanan yang anda makan itu. Bukannya lemak tepu yang agak sukar untuk di access. 

Lemak tepu hanya akan terbakar setelah anda berkardio selama sekurang-kurangnya 20 minit. Jadi, cara terbaik adalah, joging dengan perut yang kosong. Moga-moga yang terbakar adalah segala lemak-lemak tepu yang ingin dibuang.

Sesudah jogging, jangan pula ke kedai mamak dan order roti canai sama teh tarik =)

Hhahaha... rugi la usaha berjogging tadi. Sebaiknya, ambil tosai / chapati dan disertakan dengan air suam atau air limau kosong.

Jalan Laju-Laju

Jogging sebenarnya. Tapi dek kerana sudah terlalu lama tidak bersenam, makanya semput.

Jadilah aktiviti jalan laju. Ok la dapat juga mengeluarkan peluh-peluh jantan. Lega rasanya dapat berpeluh. Joggingnya ada la kot 5 minit. Ok lah untuk starter. Esok jogging lagi. Harap-harap boleh la turunkan 10kg ♡♡

Published with Blogger-droid v2.0.9

Perkara Penting Di Dalam Penjagaan Kulit Muka

Muka wajib dibersihkan sebelum tidur. Tidur dengan muka berminyak dan bermekap akan menambahkan masalah pori-pori tersumbat. Sebum minyak akan membengkak dan akhirnya jerawat muncul.

Kulit muka akan mengalami kesukaran bernafas. Pembinaan sel-sel kulit baru akan terjejas. Akhirnya penuaan sel-sel kulit berlaku dengan lebih cepat.

So, untuk tidak tua sebelum usia, kena la RAJIN sedikit

Published with Blogger-droid v2.0.9

Kuruskan Badan Dengan Puasa

Benarkah dengan berpuasa berat badan akan turun? Atau berat yang hilang adalah semata-mata akibat kemerosotan otot hasil daripada kadar metabolisma yang rendah?

Sebenarnya cara pemakanan yang betul di ketika berpuasa akan membantu menurunkan berat badan. Pemilihan makanan berkhasiat dalam kuantiti yang betul akan memungkinkan simpanan lemak badan dibuang.

Lainlah jika sahur dan berbuka dipenuhi dengan lebihan makanan yang banyak :)

Jom kuruskan badan sambik berpuasa.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Manfaat Air Putih Untuk Menguruskan Badan

Air putih adalah minuman ajaib. Selain murah dan mudah didapati, ia adalah penghilang dahaga tanpa kalori.

Di antara manfaat air putih adalah :

1. Meningkatkan tahap metabolisma badan
2. Mengeluarkan toksin dari dalam badan
3. Melancarkan peredaran darah.

Mari kita amalkan. Minum air putih setiap kali sebelum makan selama 12 minggu untuk merasa penurunan berat badan sebanyak 2-3 kg.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Azam Tahun Baru

Azam tahun baru ini adalah untuk tampil cantik dan kurus. Gorjes la senang cerita. 

Tapi yang susahnya, disiplin tiada. Macam-macam produk dibeli. Bungkusannya pun masih belum dibuka. Apa produk pun beli, jika tidak digunakan MEMANG TIDAK AKAN BERKESAN. 

Kawal makan tidak mampu. Senaman apatah lagi. Macam mana ni?